• #DUNSarawak: SK Haji Junid, SK Engkabang Roban Mula Dibina 2018

    Published: Tuesday, 14 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Pembinaan Sekolah Kebangsaan Haji Junid dan Sekolah Kebangsaan Engkabang, Roban dijangka bermula Januari tahun depan.

    Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Teknologi Penyelidikan, Dr Annuar Rappaee berkata, skop kerja kedua-dua sekolah tersebut sudah dikenalpasti dan dimuktamadkan tahun ini.

    "Dijangkakan pembinaan akan bermula Januari 2018," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohamad Chee Kadir (BN-Kabong) mengenai tempoh pembinaan dan siap SK Abang Leman, Kabong .

    Chee turut bertanya mengenai pembinaan SK Haji Junid dan SK Engkabang, Roban.

    Menurut Dr Annuar, pembinaan SK Abang Leman adalah di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

    "Konsultan sudah dilantik dan sekarang dalam proses tender," ujarnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: SK Haji Junid, SK Engkabang Roban Mula Dibina 2018 "