• #DUNSarawak: Siapkan Jalan Ng Bangkit Ke Jalan Tanjung Manis

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+


    Datuk Ding Kuong Hiing (BN-Meradong) berharap kerajaan negeri mempertimbangkan pembinaan dan penyiapan Jalan Ng Bangkit/Muara Lebaan ke Jalan Tanjung Manis telah dibawa hampir setiap sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

    "Saya yakin rakan sepejuangan saya iaitu rakan seperjuangan dari Semop dan Daro akan memberi pandangan yang sama mengenai jalan perhubungan berukuran kira-kira 4.5km adalah kepentingan ekonomi yang besar dan perlu dilaksanakan secepat mungkin," katanya.

    Beliau berkata demikian dalam dalam ucapan perbahasan belanjawan 2018 di sini sebentar tadi.

    Katanya, selain itu, projek tersebut telah diumumkan di hadapan kira-kira 5,000 orang semasa lawatan Allahyarham Tok Nan ketika melwat Bintangor pada 6 Mac 2016.

    "Jalan perhubungan yang berukuran kira-kira 4.5km itu, apabila disambungkan, akan menghubungkan Meradong, Semop dan Daro ke Tanjung Manis dapat memperkasa ekonomi kawasan tersebut," jelasnya.

    Tambahnya lagi, memandangkan pergerakan yang agak kurang dan impak ekonomi yang tinggi projek tersebut sudah pasti projek yang bernilai untuk menarik melabur. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Siapkan Jalan Ng Bangkit Ke Jalan Tanjung Manis "