• #DUNSarawak: Setiap Lapisan Masyarakat Diajak Amal Integriti

    Published: Wednesday, 15 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Bagi memastikan mesej integriti diterjemah dalam aktiviti seharian rakyat Sarawak, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsnan) Datuk Talib Zulpilip berkata, kerjasama tersebut merangkumi penganjuran pelbagai program pada tahun depan.

    Menurutnya, program bersama SPRM itu mensasarkan bandar kecil di Sarawak sebagai usaha mendekati masyarakat dan komuniti setempat.

    "Program ini akan melibatkan semua ketua masyarakat, ketua kaum dan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) di semua bahagian di Sarawak," katanya menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Malah menurutnya, pihaknya akan lebih serius menumpukan kepada pengaduan terutama melibatkan salah laku dan integriti.

    "Mekanisme pelaksanaan akan diteliti dan diperhalusi untuk menjamin ketelusan dan kebebasan perkara ini.

    "Salah satu saluran komunikasi yang digunakan rakyat untuk menyampaikan aduan, penghargaab, pertanyaan, permohonan perkhidmatan dan cadangan adalah TALIKHIDMAT," ujarnya.

    Setakat November 2017, beliau menjelaskan, sebanyak 26,746 respons telah diterima.

    "Daripada jumlah tersebut, sebanyak 90.23 peratus respon telah diselesaikan melibatkan 24,134 responden," jelasnya.- Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Setiap Lapisan Masyarakat Diajak Amal Integriti "