• #DUNSarawak: Sering Ditenggelami Air, Pindahkan 2 Sekolah Di DUN Opar

    Published: Monday, 13 November 2017
    A- A+
    KUCHING: Dua sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar perlu dipindahkan ke kawasan lebih selamat kerana sering ditenggelami air ketika musim banjir.

    Ranum Mina (BN-Opar) berkata, ia melibatkan Sekolah Kebangsaab Selampit dan Sekolah Kebangsaan Bokah.

    "Saya cadangkan dua sekolah ini dipindahkan ke kawasan lebih selamat memandangkan apabila musim banjir kedua-duanya (sekolah) ditenggelami air sekaligus menyebabkan kerosakan," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet Sarawak 2018 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

    Mengulas mengenai pengkuran tanah, Ranum menjelaskan, kerajaan negeri perlu mempertimbangkan untuk mengukur tanah adat di DUN Opar.

    "Ini kerana buat masa sekarang hanya dua kampung diukur untuk lot iaitu Kampung Jugan dan Kampung Temaga Dayak," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Sering Ditenggelami Air, Pindahkan 2 Sekolah Di DUN Opar "