• #DUNSarawak: Selesaikan Isu Anak Terbiar Disebabkan Perceraian Ibu Bapa Lain Agama, Warganegara

    Published: Monday, 13 November 2017
    A- A+
    KUCHING: Yusibnosh Balo (BN-Tellian) melahirkan kebimbangan dengan nasib anak yang terbiar disebabkan perceraian ibu bapa berlainan agama dan kewarganegaraan.

    Beliau berkata, keadaan tersebut menyebabkan masalah kepada anak kerana pihak sekolah sukar untuk mendaftarkan persekolahkan sekaligus menjejaskan hak mereka.

    Malah menurutnya, beliau turut menerima beberapa aduan daripada beberapa individu di kawasannya uang berhasrat untuk berkahwin semula selain ingin kembali ke agama asal mereka.

    "Permohonan mereka telah dikemukakan kepada pihak yang terbabit dan mereka terpaksa menunggu lama bertahun-tahun untuk mendapat kelulusan hingga anak-anak terbiar tanpa pendidikan agama sempurna," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet Sarawak 2018 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

    Sehubungan itu, beliau memohon menteri bertanggungjawab agar menangani masalah itu dengan lebih serius kerana masa depan anak-anak akan terganggu.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Selesaikan Isu Anak Terbiar Disebabkan Perceraian Ibu Bapa Lain Agama, Warganegara "