• #DUNSarawak: Segerakan Projek Pembangunan Di Maludam, Lingga

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+


    Penduduk Maludam dan Lingga masih menanti pembangunan yang pernah dijanjikan bekas Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11 lalu.

    Simoi Peri (BN-Lingga) berkata,  susulan itu perkara tersebut telah dikemukan kepada pegawai Pejabat Kewangan Negeri Sarawak bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas berhubung projek tersebut.

    "Ini termasuklah projek membina Masjid Maludam, Dewan Masyarakat, naik taraf Jalan Kampung, Klinik Kesihatan dan Balai Polis di Maludam dan Riverfront serta Rumah Kedai di Lingga.

    "Seperti yang pernah diumumkan, saya berharap ianya dapat disegerakan agar wakil rakyat tidak menjadi mangsa keadaan dan dipersalahkan," katanya.

    Beliau berkata demikian dalam ucapan perbahasan belanjawan 2018.

    Difahamkan ketika ini projek-projek tersebut masih menunggu kelulusan Ketua Menteri Sarawak. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Segerakan Projek Pembangunan Di Maludam, Lingga "