• #DUNSarawak: Sasar 1,633 KIR Daftar 1AZAM 2018

    Published: Wednesday, 15 November 2017
    A- A+

    KUCHING : Kerajaan negeri melalui Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak menyasarkan seramai 1,633 Ketua Isi Rumah (KIR) pada tahun 2018 berdaftar di bawah program 1AZAM.

    Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata,  kerajaan persekutuan telah memperuntukkan
    sebanyak RM10 juta kepada Kerajaan Negeri bagi meneruskan pelaksanaan program 1AZAM pada tahun 2018.

    “Sejak dilaksanakan di bawah Kementerian ini pada tahun 2011 seramai 42,379 KIR telah
    menerima bantuan 1AZAM, dan yang berjaya meningkatkan pendapatan adalah 13,693 KIR iaitu
    32%.

    “ Pencapaian ini jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan piawai (18%) yang ditetapkan oleh
    United Nation Development Programme (UNDP) dalam mengukur kejayaan program pembasmian
    Kemiskinan,” katanya.

    Beliau berkata demikian semasa menyampaikan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan (DUN) Sarawak hari ini.

    Fatimah menambah, setakat 1 November 2017 bilangan yang didaftarkan di Sarawak adalah
    seramai 116,827 orang.

    “Sehingga kini, bilangan yang telah disahkan berada dalam kategori miskin
    dan miskin tegar adalah seramai 60,378 Ketua Isi Rumah (KIR),” katanya - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Sasar 1,633 KIR Daftar 1AZAM 2018 "