• #DUNSarawak: Sarawak Wujud Polisi Tidak Benar 'Back Door' Dalam Sistem IT

    Published: Friday, 17 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Kerajaan negeri akan memperkenalkan polisi yang tidak membenarkan 'back door' wujud dalam sistem teknologi maklumat (IT) yang dibangunkan di negeri ini.

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia sebagai sebahagian daripada pendekatan keselamatan siber yang diguna pakai kerajaan negeri.

    "Ini bermakna Sarawak mesti membina sistem keselamatan siber sendiri untuk memastikan kita mempunyai sumber membina dan melindungi sistem IT kita," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Malah menurutnya, pembangunan sistem keselamatan siber menjadi sumber utama bidang kerja berpendapatan tinggi untuk generasi muda Sarawak.

    "Apabila keselamatan siber kita dibangunkan dengan sempurna, saya fikir kita mempunyai asas kepada perkembangan kluster dalam bidang teknologi," ujarnya.

    Sementara itu, Abang Johari menjelaskan, kerajaan negeri akan melancarkan 'Big Data' sendiri pada April 2018.

    "Tetapi kebanyakan 'Big Data' datang daripada data individu yang dikumpul penyedia perkhidmatan seperti telefon bimbit, media sosial, platform carian, platform e-dagang dan termasuk e-wallet seperti SarawakPay," jelasnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Sarawak Wujud Polisi Tidak Benar 'Back Door' Dalam Sistem IT "