• #DUNSarawak: Sarawak Dapat 1,140 Projek Dalam RMK11

    Published: Thursday, 16 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Sebanyak 1,140 projek dan program berjumlah RM20 bilion diluluskan untuk pelaksanaan di negeri ini.

    Menteri Kewangan II, Dato Sri Wong Soon Koh berkata,  daripada 1,140 projek, 702 merupakan projek fizikal manakala 438 lagi dalam bentuk program dan pelaburan.

    Setakat 30 September 2017 menurutnya, daripada 702 projek fizikal di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), 71 projek atau 10.1 peratus sudah siap manakala 631 projek atau 89.9 peratus berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan.

    Tambahnya, perbelanjaan kumulatif dari 2016 hingga 30 September 2017 berjumlah RM5.36 bilion atau 26.8 peratus.

    Di bawah Rolling Plan Kedua (RP2) RMK11, Wong menjelaskan, sebanyak 578 projek diluluskan untuk pelaksanaan.

    "Setakat 30 September 2017, 72 projek atau 12.5 peratus daripada keseluruhan projek telah disiapkan.

    "Sebanyak 506 projek atau 87.5 peratus berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan," katanya ketika menyampaikan penggulungan bagi Kementerian Kewangan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Wong menambah, perbelanjaan kumulatif projek kerajaan persekutuan berjumlah RM2.36 bilion atau 50.9 peratus daripada RM4.64 bilion yang diluluskan di bawah RP2.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Sarawak Dapat 1,140 Projek Dalam RMK11 "