• #DUNSarawak: Sarawak Bakal Jadi Kuasa Siber Dengan Penubuhan SMA

    Published: Wednesday, 8 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Penubuhan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) penting untuk menjadikan Sarawak sebagai kuasa siber.

    Sehubungan itu, Rang Undang-Undang Lembaga Multimedi Sarawak 2017 dibentangkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh.

    Menurutnya, matlamat pengenalan rang undang-undang tersebut adalah untuk menubuhkan SMA.

    Pada masa sama tambahnya adalah untuk memperbadankan pihak berkuasa dan badan lain seperti diperuntukkan di bawah Artikel 95B Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bagi Sabah dan Sarawak, Perkara 14 Senarai 11A dalam Jadual Kesembilan dianggap sebahagian daripada Senarai Negeri.

    "Tiada pelanggaran undang-undang persekutuan berlaku," katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Lembaga Multimedia Sarawak 2017 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Wong menjelaskan, badan khas yang ditubuhkan menerusi rang undang-undang tersebut adalah untuk mentransformasi Sarawak kepada ekonomi digital.

    Menurutnya lagi, ia selari dengan usaha menjadikan proses perniagaan lebih efisien menerusi Sarawak Pay dan e-dagang.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Sarawak Bakal Jadi Kuasa Siber Dengan Penubuhan SMA "