• #DunSarawak: RM8.2 Bilion Peruntukan Bajet Sarawak 2018

    Published: Wednesday, 8 November 2017
    A- A+


    KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan Bajet Sarawak 2018 berjumlah RM8.2 bilion.

    Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, daripada jumlah itu, 70 peratus atau RM5.745 bilion diperuntukkan untuk pembangunan.

    Menurutnya, sebanyak 30 peratus atau RM2.481 bilion digunakan untuk perbelanjaan operasi.

    "Sebagai sebuah negeri membangun, bajet akan terus menumpukan kepada pembangunan untuk merangsang aktiviti ekonomi dan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi sepanjang tahun.

    "Dibawah Bajet 2018, RM5.745 bilion atau 70 peratus daripada keseluruhan bajet digunakan untuk pembangunan manakala RM2.481 bilion atau 30 peratus bagi perbelanjaan operasi," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Belanjawan Bagi Tahun 2018 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-18 di sini, hari ini.

    Abang Johari menjelaskan, daripada keseluruhan bajet untuk pembangunan, 53 peratus peruntukan digunakan bagi kawasan luar bandar berjumlah kira-kira RM3.062 bilion.

    "Peruntukan ini lebih tinggi berbanding RM2.65 bilion pada 2016 dan RM2.982 bilion tahun lepas," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DunSarawak: RM8.2 Bilion Peruntukan Bajet Sarawak 2018 "