• #DUNSarawak : RGC Beladin Terus Ditambah Baik

    Published: Thursday, 9 November 2017
    A- A+

    KUCHING : Kerajaan negeri sedang melaksanakan kerja-kerja infrastruktur seperti penembokan pasir, pembinaan jalan raya, penyambungan eletrik dan bekalan air paip untuk menjayakan Projek Rural Growth Centre (RGC) Beladin tahun 2018.

    Menteri Muda Pembangunan Tanah Adat, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, ini merupakan penambahan kepada beberapa pusat perkhidmatan dan kemudahan yang sedang dan telah dilaksanakan di RGC Beladin seperti sekolah, klinik kesihatan, dewan masyarakat, balai bomba serta balai polis.

    "Pihak swasta juga telah membina rumah kedai untuk kemudahan RGC Beladin," katanya

    Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan daripada Razaili Hj Gapor (BN-Beting Maro) yang bertanyakan rancangan kerajaan untuk projek RGC di Beladin pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Sementara itu, ketika ditanya mengenai perancangan kerajaan untuk melaksanakan projek pertanian bersepadu dengan infrastruktur pertanian moden di RGC Beladin, Roland berkata kerajaan masih belum mempunyai rancangan untuk projek tersebut.

    "Walaubagaimanapun, cadangan ini akan diambilkira semasa membuat Study in Rural GrowthCentres and Small Isolated Rural Communities," katanya. -Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak : RGC Beladin Terus Ditambah Baik "