• #DUNSarawak: PPD Opar Sudah Siap Sepenuhnya

    Published: Thursday, 9 November 2017
    A- A+

    Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), Kerajaan Negeri memperuntukan sejumlah juta untuk projek Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) Opar termasuk kerja- kerja penyediaan tapak dan infrastruktur.

    Menurut Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh, Projek Pakej II itu telah siap sepenuhnya pada 26 September 2017.

    "Bagi tahun 2016, sejumlah RM10.0 juta telah diperuntukan bagi kerja-kerja "site clearing and earthfilling works" (Pakej II) yang telah dilaksanakan oleh Land Custody and Development Authority (LCDA) untuk penyediaan tapak komersial, tapak kemudahan awam dan pusat perkhidmatan Kerajaan, yang melibatkan kawasan seluas 18.7 hektar.

    "Selaras dengan keputusan Kerajaan negeri, LCDA telah menyerahkan semua projek pembangunan PPD Opar kepada Kementerian Pemodenan Peratanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) pada tahun 2017," katanya.

    Katanya, MANRED telah merancang untuk meneruskan kerja- kerja infrastruktur seperti kerja-kerja penembokan pasir, pembinaan jalan raya, penyambungan elektrik dan bekalan air paip di PPD Opar jalan raya, penyambungan elektrik dan bekalan air paip di PPD Opar pada tahun 2019 dan 2020.

    "Memandangkan keseluruhan PPD Opar yang berkeluasan 100.54 hektar dan mempunyai beberapa kompenan utama seperti pembangunan prasarana infrastruktur, ekonomi, pusat perkhidmatan dan pembangunan sumber manusia, sudah tentu ianya memerlukan peruntukan yang besar dan mengambil masa untuk disiapkan," jelasnya.

    Justeru, penyertaan pihak swasta untuk terlibat sama dalam pembangunan PPD Opar adalah digalakkan terutamanya dalam pembangunan projek perumahan, pusat komersial dan aktiviti ekonomi lain yang berkaitan.

    Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Dato Ranum Mina (BN-Opar), yang bertanyakan bila Bandar Baru Opar yang dilaksanakan oleh LCDA dijangka siap sepenuhnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: PPD Opar Sudah Siap Sepenuhnya "