• #DUNSarawak: Perumahan Lama Di Sibu Perlu Dibangun Semula

    Published: Monday, 13 November 2017
    A- A+

    KUCHING : Kawasan perumahan lama Bandar Sibu berdekatan Jalan Hua Kiew, Lorong Belian, Jalan Tiong Hua, Jalan Toong sang, Bukit Assek ke Jalan Amoy berada dalam keadaan usang dan perlu pembangunan semula, kata Datuk Tiong Thai King (BN-Dudong)

    Menurutnya, kebanyakan pemilk hartanah di kawasan tersebut telah berpindah ke kawasan pembangunan baru dan menyerahkan hartanah mereka kepada penyewa.

    “Keadaan hartanah di kawasan berkenaaan berada dalam keadaaan tidak memuaskan disebabkan jalan dan masalah perparitan yang teruk.

    “Kawasan tersebut juga telah dikenalpasti sebagai kawasan berisiko tinggi untuk denggi kerana pembiakan nyamuk aedes,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet Sarawak 2018 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

    Tiong menambah, Majlis Perbandaran Sibu telah mengemukakan cadangan untuk membangunkan semula kawasan berkenaan.

    “Saya berharap Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli serius untuk mempertimbangkan cadangan pembangunan semula bandar untuk menaikkkan imej pusat Bandar Sibu,” ujarnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Perumahan Lama Di Sibu Perlu Dibangun Semula "