• #DUNSarawak: Miri Perlukan Lebih Banyak Rumah Mampu Milik

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Lebih banyak rumah mampu milik dibina di Miri bagi menampung keperluan penduduk setempat, kata Datuk Sebastian Ting (BN-Piasau).

    Malah menurutnya, ada kalangan keluarga muda yang hanya menyewa rumah kerana tidak mampu membeli rumah di pasaran semasa.

    Sehubungan itu, beliau berharap peruntukan Bajet 2018 disalurkan untuk menyediakan Rumah Mampu Milik dan Rumah Mesra Rakyat berjumlah RM232 juta turut disalurkan kepada penduduk Miri.

    "Pada 10 Jun 2016 di dewan mulia ini, saya bercakap mengenai rumah mampu milik dan setinggan di Miri.

    "Isu ini sangat penting dan saya mahu menyentuh mengenainya kembali memandangkan Miri mempunyai penempatan setinggan yang tinggi," katanya ketika membahaskan Bajet Sarawak 2018 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Sebastian berkata, pada masa ini harga rumah di Miri naik mendadak dan tidak mampu ditampung penduduk setempat.

    "Kebanyakan penduduk hanya mampu menyewa rumah atau bilik.

    "Malah lepasan universiti berdepan cabaran untuk membayar deposit pembelian rumah," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Miri Perlukan Lebih Banyak Rumah Mampu Milik "