• #DUNSarawak : Maludam Perlukan Benteng, Pintu Air

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+

    Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga terutama di Maludam memerlukan benteng atau pintu air disebabkan isu banjir di kawasan berkenaan tidak pernah selesai.

    Simoi Peri (BN-Lingga) berkata, keperluan pintu air adalah bertujuan untuk menghalang air masuk ke kawasan apabila air pasang.

    “Kita sedia maklum musim tengkujuh akan tiba tidak lama lagi dan pastinya gejala air pasang dan hujan lebat akan turun menyebabkan hingga menyebabkan banjir.

    “Untuk mengatasi masalah ini, benteng diperlukan dari Tanjung Engkabang hingga ke Kampung Hulu Sri Aman sepanjang 2 km,” katanya.

    Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perbahasan belanjawan 2018 pada Mesyuarat Kedua bagi Penggal ke-18 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak 2017 hari ini.

    Simoi menambah, cadangan membina benteng atau pintu air telahpun diajukan kepada Pejabat Kewangan Negeri  menerusi perbincangan empat mata namun masih menunggu keputusan daripada pihak terbabit.

    “Difahamkan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengemukakan kertas cadangan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dimana menteri yang bertanggungjawab telahpun melihat sendiri kawasan tersebut dan diberikan taklimat berkenaan keperluan benteng dan implikasinya ketika banjir,”

    Namun menurut Simoi, sehingga sekarang beliau masih mendapat maklum balas samaada daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak.

    “Saya mahu permohonan ini diambil tindakan sewajarnya dan segera memandangkan setiap tahun kawasan Ladong/Lemanak sentiasa mengalami masalah banjir sehingga air masuk di dalam rumah,”

    “Malah, ada rumah yang dibina di tebing sungai hanya menungu runtuh dan dihanyutkan air.” - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak : Maludam Perlukan Benteng, Pintu Air "