• #DUNSarawak: Klinik Kesihatan Sungai Asap Dinaiktaraf

    Published: Monday, 13 November 2017
    A- A+


    KUCHING : Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Kabinet Bagi Transforamsi Luar Bandar akan menaik taraf Klinik Kesihatan Sungai Asap di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Murum, kata Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam, Dr Annuar Rapaee.

    Menurutnya, Klinik Kesihatan Sungai Asap akan menjadi klinik rujukan di dalam Sistem Kluster Klinik yang termasuk di dalam Program Transformasi Luar Bandar bagi tahun 2018.

    “Dengan itu, Klinik Sungai Asap akan menjadi pusat rujukan kepada Klinik Kesihatan Sungai Koyan, Klinik Kesihatan Uma Sambop, Klinik Kesihatan Sarawak Hidro dan Klinik Kesihatan Tubau.

    Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan dari Chukpai Ugon (BN-Murum) pada Persidangan DUN Sarawak hari ini.

    Sementara itu, mengenai penubuhan Unit Rawatan Haemodialysis di Klinik Sungai Asap, Rapaee berkata , kerajaan masih belum membuat perancangan untuk unit tersebut.

    “Buat masa ini, belum ada perancangan untuk mewujudkan Unit Haemodialisis di Klinik Sungai Asap bagi penduduk Skim Penempatan Semula Empangan Bakun, Sg Asap,” - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Klinik Kesihatan Sungai Asap Dinaiktaraf "