• #DUNSarawak: Kerajaan Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Bincang MA63

    Published: Thursday, 9 November 2017
    A- A+

    Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak memberi mandat kepada kerajaan negeri membentuk jawatankuasa khas untuk berunding dengan kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan isu tertangguh berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah yang mengemukan usul tersebut berkata, pada 16 September 2017 di Kota Kinabalu Sabah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kepada Sabah dan Sarawak bahawa mereka akan diberikan hak mereka sebagaimana termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

    "Jaminan ini bukan sekadar retorik politik.

    "Kerajaan Persekutuan telah memberi maklumbalas positif kepada inisiatif Sarawak untuk mendapatkan kembali hak di bawah Perjanjian Malaysia," katanya.

    DUN Sarawak dimaklumkan rundingan tersebut bersama persekutuan telah dimulakan oleh Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem semasa ucapan penggulungannya pada 30 November 2016. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Kerajaan Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Bincang MA63 "