• #DUNSarawak: Kerajaan Sarawak Prihatin, Bina Jalan Ke Long Lama

    Published: Thursday, 16 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Pembinaan jalan dari Long Lama ke Empangan Baram terpaksa dihentikan disebabkan sekatan dilakukan pihak tertentu di Long Lama, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Tan Sri Datuk Amar James Masing.

    Biarpun pembinaan tidak dapat dilaksanakan, beliau berkata, kerajaan tetap merancang, membangun dan menghubungkan jalan ke kawasan tersebut.

    "Rancangan jalan baharu bermula dari Long Lama melalui Long Bedian (30km), Long Terawan dan ke Taman Negara Mulu," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Menurutnya, kementeriannya turut merancang membina jalan melalui Sungai Tinjar, Usun Apau dan menghubungkan seluruh rangkaian jalan di Daerah Belaga.

    "Pembangunan rangkaian infrastruktur imi akan melibatkan laluan berbukit dari Belaga ke Daerah Baram," ujarnya.

    Sementara itu, Masing menggesa rakyat supaya menjadi mata dan telinga kementeriannya dengan melaporkan sebarang kenderaan berat yang melalui jalan Jiwa Murni.

    "Ini kerana jalan seperti ini adalah untuk menyediakan ke kawasan luar bandar," jelasnya.-Sarawakiana

  • No Comment to " #DUNSarawak: Kerajaan Sarawak Prihatin, Bina Jalan Ke Long Lama "