• #DUNSarawak: Kajian Pelepasan Benih Ikan Di Kabong Sedang Dilaksana

    Published: Thursday, 9 November 2017
    A- A+


    KUCHING: Kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian Sarawak mempunyai Program Pelepasan Benih Perikanan di sungai-sungai di negeri ini.

    Menurut Menteri Muda Pertanian, Dr Abdul Rahman Ismail, kerajaan telah melepaskan benih ikan di beberapa batang sungai.

    "Antaranya di Projek Tagang di Sungai Serin, Kampung Sira di Padawan, Sungai Babang di Saratok, Sungai Balingian di Mukah dan pelepasan benih udang di Sungai Sematan, Lundu," katanya.

    Katanya, untuk kawasan DUN Kabong, Jabatan Pertanian Sarawak akan mengenalpasti sungai yang sesuai bagi tujuan pelaksanaan program tersebut pada tahun 2018.

    "Selain itu, Jabatan Pertanian Sarawak bersama dengan Jabatan Perikanan Laut Sarawak telah menjalankan kajian populasi genetik udang galah di 36 Batang sungai di Negeri Sarawak termasuklah kawasan Kabong, ujarnya.

    Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Mohamad Chee Kadir (BN-Kabong) yang bertanyakan perancangan kerajaan untuk melepaskan benih ikan dan udang dalam sungai sungai di DUN kabong. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Kajian Pelepasan Benih Ikan Di Kabong Sedang Dilaksana "