• #DUNSarawak: Jana Pendapatan Menerusi Kelulut

    Published: Friday, 17 November 2017
    A- A+

    KUCHING : Kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian Sarawak akan melaksanakan projek kelulut bagi kawasan Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) untuk menjana pendapatan tambahan masyarakat setempat.

    Menteri Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Douglass Uggah Embas berkata, projek tersebut akan dilaksanakan di 20 buah kampung selama lima tahun dengan pengagihan 10,000 koloni secara percuma

    “Latihan juga akan disediakan oleh Jabatan Pertanian Sarawak kepada semua peserta yang terlibat," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Selain itu katanya, penanaman kopi akan dipromosikan lagi untuk dibangunkan di kawasan berkenaan.

    “Pada masa ini, Jabatan Pertanian Sarawak telah melaksanakan 82 hektar penanaman kopi yang melibatkan 77 peserta,” ujarnya.

    Menurut beliau, sejumlah sejumlah RM8.4 juta akan diperuntukkan untuk membangunkan 270 hektar untuk penanaman kopi di kawasan HDA bagi tahun 2018 sehingga 2020. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Jana Pendapatan Menerusi Kelulut "