• #DUNSarawak : Jambatan Muara Lassa, Jambatan Batang Paloh Siap 2023

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+

    KUCHING : Jambatan Muara Lassa dan Jambatan Batang Paloh di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro dijangka siap pada tahun 2023, kata Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi.

    "Projek Jambatan Batang Paloh dan Jambatan Muara Lassa di kawasan Daro adalah termasuk di dalam Projek Menyiapkan Jaringan Jalan Pesisiran termasuk jambatan dijangka dapat disiapkan pada tahun 2023," katanya.

    Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada Shafie Ahmad (BN-Daro) yang bertanyakan tempoh pembinaan Jambatan Batang Paloh dan Jambatan Muara Lassa pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

    Terdahulu, kerajaan negeri telah mempertimbangkan dan bersetuju dengan pelaksanaan projek Jambatan Muara Lassa dan Jambatan Batang Paloh untuk memudahkan perhubungan rakyat di kawasan pesisir.

    Menurut Julaihi seperti dipetik dari laporan akhbar tempatan, beliau berkata cadangan pembinaan Jambatan Batang Paloh dan Muara Lassa merupakan salah satu projek yang berimpak besar dengan manfaatnya akan dapat dirasai sepenuhnya oleh warga Mukah dan khususnya oleh warga Matu, Daro, Pulau Bruit dan Belawai

    "Dengan adanya dua jambatan ini nanti, jaringan sistem infrastruktur untuk memghubungkan Matu dan Daro terus ke Tanjung Manis dan Sibu akan dilengkapkan, tanpa perlu lagi beratur menunggu feri," katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak : Jambatan Muara Lassa, Jambatan Batang Paloh Siap 2023 "