• #DUNSarawak: Insentif Minimum RM2,000 Untuk Penjawat Awam Sarawak

    Published: Friday, 17 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan bayaran insentif khas sebulan gaji pokok atau minimum RM2,000 kepada penjawat awam kerajaan negeri.

    Beliau berkata, pemberian insentif tersebut sebagai penghargaab dan pengiktirafan atas dedikasi ditunjukkan penjawat awam kerajaan negeri yang menyumbang kepada kemajuan negeri.

    "Bayaran insentif khas ini menggambarkan prestasi kewangan terpuji dan kedudukan kewangan sihat negeri ini.

    "Kerajaan negeri mempunyai kapasiti kewangan untuk memberikan insentif ini berjumlah RM45 juta.

    "Insentif ini akan dibayar pada Disember tahun ini," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Beliau percaya pemberian insentif tersebut akan meningkatkan motivasi penjawat awam kerajaan negeri untuk berkhidmat lebih cemerlang.

    Sementara itu, Abang Johari berkata, sejak beberapa tahun lepas, perkhidmatan awam Sarawak agak cemerlang walaupun berkhidmat dengan hanya 22,549 penjawat awam.

    "Bilangan ini (penjawat awam) sudah agak lama namun tetap menunjukkan kebekersanan walaupun berdepan tanggungjawab berat," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Insentif Minimum RM2,000 Untuk Penjawat Awam Sarawak "