• #DUNSarawak: Imigresen Sarawak Terus Buru PATI

    Published: Friday, 17 November 2017
    A- A+

    KUCHING : Bagi menghalang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), Jabatan Imigresen telah memperhebatkan operasi penguatkuasaan di seluruh Sarawak untuk semua sektor pekerjaan.

    Menteri Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Douglass Uggah Embas berkata sehingga Oktober 2017, seramai 2,467 orang PATI telah ditahan melalui operasi tersebut.

    “Bagi menangani isu terbabit, sebuah pos kawalan Imigresen Ba'kelalan sedang dibina dan dijangka siap pada 30 Mei 2019," katanya.

    Uggah berkata, kawalan yang bersepadu ini akan menempatkan agensi kelamatan seperti PDRM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Sukarelawa  Malaysia(RELA).

    "Manakala ATM akan beroperasi di kawasan berhampiran bagi menjamin keselamtan dan pengoperasian pos kawalan yang lebih berkesan," ujarnya.

    Selain itu, dua buah kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Serikin dan Karangas Gayau akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

    "Dalam pada itu, bagi meningkatkan kawalan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, pemasangan satu sistem CCTV akan dilaksanakan dengan pembiayaan kerajaan negeri."jelasnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Imigresen Sarawak Terus Buru PATI "