• #DUNSarawak: Halangan Kepada Individu Ada Rekod Jenayah Dadah Masuk Sarawak

    Published: Wednesday, 15 November 2017
    A- A+

    KUCHING : Isu penyalahgunaan dadah dikalangan masyarakat membuatkan kerajaan negeri mengambil beberapa pendekatan untuk memastikan ia ditangani dengan lebih sistematik dan berkesan demi kesejahteraan masyarakat.

    Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kementeriannya bersetuju dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh pihak penguatkuasa untuk terus memantapkan usaha membebaskan masyarakat daripada gejala dadah.

    “Antara cadangan yang diutarakan adalah dengan menghalang kemasukan individu dari luar Sarawak yang mempunyai rekod jenayah dadah dibawah ADB (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 bagi mengelakkan risiko permintaan terhadap dadah tinggi.

    Beliau berkata demikian semasa menyampaikan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan (DUN) Sarawak hari ini.

    Fatimah menambah, mekanisma untuk mengesan dan memantau pelajar-pelajar asing yang mempunyai rekod terdahulu berkaitan dadah dengan kaedah ‘snowballing’ harus diwujudkan untuk memperolehi maklumat daripada pelajar yang positif ujian air kencing.

    "Jabatan Kimia dan Jabatan Kesihatan peringkat Negeri Sarawak seharusnya diberi kemudahan dan
    keupayaan untuk melaksanakan semua ujian air kencing,” ujarnya.

    Selain itu, Fatimah berkata, agensi-agensi penguatkuasaan khasnya pihak PDRM dan Jabatan Kastam juga harus mengambil tindakan dengan menyekat pembekalan dadah dalam pasaran.

    Ini kerana berikutan kes di Kampung Sin Sin Jalan Astana yang tular di media sosial baru-baru ini mengenai penjualan dadah secara terbuka di siang hari. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Halangan Kepada Individu Ada Rekod Jenayah Dadah Masuk Sarawak "