• #DUNSarawak : Eksport Produk Kayu Sarawak Meningkat 4.7 Peratus

    Published: Thursday, 16 November 2017
    A- A+

    KUCHING : Nilai eksport produk kayu Sarawak telah meningkat sebanyak 4.7 peratus iaitu dari RM4.41 billion kepada RM4.61 billion sehingga suku ketiga tahun ini.

    Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, hampir 90 peratus (RM4.13 billion) daripada jumlah tersebut disumbangkan oleh empat produk utama iaitu papan lapis (RM2.47 billion), balak (RM936 juta, kayu bergergaji (RM595 juta dan venir (RM135 juta).

    "Peningkatan ini disumbangkan oleh pertumbuhan nilai eksport bagi papan lapis dan kayu bergergaji,"

    "Nilai eksport papan lapis telah meningkat sebanyak RM368 juta dari RM2.14 bilion kepada RM2.47 bilion sementara nilai export kayu bergergaji telah bertambah sebanyak RM42 juta dari RM553 juta kepada RM595 juta dalam tahun 2017," katanya.

    Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

    Menurutnya lagi, lima pasaran utama bagi produk perkayuan Sarawak terdiri daripada Jepun, India, Korea, negara-negara Timur Tengah dan Taiwan yang menyumbangkan jumlah nilai eksport sebanyak RM3.76 bilion. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak : Eksport Produk Kayu Sarawak Meningkat 4.7 Peratus "