• #DUNSarawak: CCTV Taman Dahlia Matang Dipasang 2018

    Published: Wednesday, 15 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Kerajaan negeri mempertimbangkan untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Dahlia Matang pada tahun depan, kata Menteri Kerajaan Tempata dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

    Menurutnya, ia adalah sebagai usaha melengkapkan fasiliti digital di kawasan PPR termasuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong.

    "Kerajaan negeri mempertimbangkan pemasangan CCTV untuk PPR Taman Dahlia bagi tahun 2018," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Mengulas mengenai PPR di DUN Tupong, beliau berkata, kerajaan persekutuan telah mewujudkan PPR Matang Sungai Tengah yang melibatkan 439 unit rumah teres setingkat.

    "PPR ini (Matang Sungai Tengah) melibatkan rumah teres setingkat hampir siap sepenuhnya," ujarnya.

    Sementara itu, Dr Sim menjelaskan, kementeriannya mengemukakan permohonan peruntukan dalam kajian separa penggal (MTR) Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) untuk pelaksanaan 24 unit Skim Perumahan Khas Rakyat (SPEKTRA)Permata yang melibatkan Skim Pembesaran Kampung Igan dan 20 unit lagi untuk Skim Pembesaran Kampung Tian, Matu.

    "Projek ini akan mula dilaksanakan selepas peruntukan yang dipohon kerajaan negeri diluluskan," jelasnya.-Sarawakiana



  • No Comment to " #DUNSarawak: CCTV Taman Dahlia Matang Dipasang 2018 "