• #DUNSarawak: Bukit Goram Sesuai Untuk Pertanian Skala Besar

    Published: Monday, 13 November 2017
    A- A+
    KUCHING: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Goram bersesuaian untuk perladangan dan pertanian berskala besar.

    Jefferson Jamit (BN-Bukit Goram) berkata, ini kerana kawasan tersebut mempunyai keadaab topografi menarik.

    "Perladangan dan pertanian yang sesuai termasuk getah, lada, dabai, nanas, koko dan sayuran selain herba.

    "Bagaimanapun, saya berharap kerajaan menyediakan lebih peruntukan untuk pembangunan pertanian di kawasan saya," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet Sarawak 2018 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

    Selain itu menurutnya, masih banyak rumah panjang di kawasannya terutama yang bertentangan dengan Sungai Rajang masih tidak mempunyai jalan luar bandar termasuk Sungai Menuan, Sungai Belawai dan Sungai Ibau.

    "Saya berterima kasih kepada YAB Ketua Menteri semada lawatan ke Kapit pada April lepas yang meluluskan cadangan pembinaan projek jalan luar bandar di Sungai Menuan dan Sungai Ibau," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Bukit Goram Sesuai Untuk Pertanian Skala Besar "