• #DUNSarawak: Budayakan Ekonomi Digital Dikalangan Rakyat Sarawak

    Published: Wednesday, 8 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Memandangkan ekonomi digital masih baharu di Sarawak, kerajaan negeri perlu memandang serius tentang kesedaran, latihan dan kesannya kepada rakyat.

    Fazzrudin Abdul Rahman (BN-Tupong) berkata, usaha seperti itu penting bagi memastikan ekonomi digital dapat dibudayakan bermula dari peringkat sekolah.

    Bagaimanapun menurutnya, sudah pasti cabaran menanti apabila ekonomi digital dilaksanakan terutama untuk mengubah corak kehidupan rakyat termasuk di kalangan pemain industri.

    "Kita mesti berubah dan membuat keputusan serta tindakan segera. Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) boleh membantu mengurangkan birokrasi apabila diperlukan," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Multimedia Sarawak 2017 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Menurutnya lagi, kerajaan negeri juga perlu mengenalpasti perubahan dalam industri dan bersedia termasuk melatih dan memupuk kesedaran rakyat tentangnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Budayakan Ekonomi Digital Dikalangan Rakyat Sarawak "