• #DUNSarawak: BNBBC Sarawak Prihatin Isu Babitkan Kanun Tanah

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+


    KUCHING: Tuduhan menyatakan Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak tidak prihatin dan membantu rakyat melibatkan isu berkaitan Kanun Tanah adalah tidak berasas.

    Pengerusi BNBBC Sarawak, Paulus Palu Gumbang berkata, usul yang dibawa Baru Bian (PKR-Ba'Kelalan) sebelum ini hanya melibatkan satu seksyen sahaja.

    Sebaliknya Menurut Paulus, kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji pindaan komprehensif melibatkan kanun tanah di Sarawak.

    "Alasan kita tidak menyokong usul dibawa Baru Bian kerana ia hanya melibatkan satu seksyen.

    "Kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa khas diketuai Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk melibatkan pindaan tanah di Sarawak," katanya pada sidang media di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Menurutnya lagi, sekurang-kuranyanya enam seksyen di bawah Kanun Tanah Negeri perlu dipinda.

    "Biar jawatankuasa khas menjalankan tugas untuk melihat pindaan kanun tanah," katanya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: BNBBC Sarawak Prihatin Isu Babitkan Kanun Tanah "