• #DUNSarawak: Bina Universiti Penyelidikan Di Baram

    Published: Thursday, 9 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Dennis Ngau (BN-Telang Usan) mencadangkan kerajaan negeri menerusi Highland Development Agency (HDA) mewujudkan universiti penyelidikan di Ulu Baram.

    Beliau berkata, kawasan seperti Long Julan, Long Apu dan Ulu Tinjar dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan amat sesuai untuk tujuan tersrbut.

    "Kawasan ini menarik kerana sesuai untuk kursus berkaitan pertanian moden seperti getah, kopi dan lada," katanya ketika ditemui pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Menurutnya, kawasan tersebut juga mempunyai keluasan tanah yang sesuai untuk pembelajaran yang boleh ditanam sekitar kampus dan menjadi bilik belajar universiti selain tempat untuk kajian lapangan.

    "Hutan, sungi bersih, gunung menarik menjadi tarikan dan aset bernilai tinggi.

    "Saya amat pasti perkara ini sudah dilaksanakan diserata dunia mungkin Brazil yang terkenal dengan kopi dan pisang," ujarnya.

    Tambahnya, ia mungkin nampak tidak masuk akal tetapi jika kerajaan negeri serius menjana pendapatan menerusi komponen pembangunan dan penyelidikan (R&D, perkara itu perlu diberi perhatian sewajarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Bina Universiti Penyelidikan Di Baram "