• #DUNSarawak: Bina Jambatan Hubungkan Kampung Penakub, Kampung Teh

    Published: Monday, 13 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Abdul Yakub Arbi (BN-Balingian) mencadangakan supaya kerajaan negeri membina jambatan yang menghubungkan Kampung Penakub dan Kampung Teh.

    Beliau berkata, komponen projek untuk pembinaan jambatan Penakub Ulu yang dicadangkan adalah sepanjang kira-kira 150 meter panjang dengan struktur tetap konkrit.

    "Anggaran kos bagi pembinaan jambatan ini adalah RM24 juta," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet Sarawak 2018 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

    Yakub turut mencadangkan agar jalan raya yang menghubungkan Jambatan Balingian sehingga Bulatan Bahoung di Balingian dinaiktaraf dan dilebarkan ke gred R3.

    "Ia penting kerana jalan ini nanti akan menjadi laluan utama pengguna jalan pesisir pantai," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Bina Jambatan Hubungkan Kampung Penakub, Kampung Teh "