• #DUNSarawak: Bina Jalan Ke Ulu Machan

    Published: Tuesday, 14 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Allan Siden Gramong (BN-Machan) berharap kerajaan mempertimbangkan pembinaan jalan ke Ulu Machan yang menempatkan enam rumah panjang dan sebuah sekolah rendah.

    Sehubungan itu beliau berharap permohonan tersebut dipertimbangkan dalam kajian semula Rancangan Malaysia sedia ada.

    "Jalan ke Ulu Machan juga memerlukan jambatan merentasi Sungai Kanowit dekat Pekan Machan," katanya ketika membahaskan Bajet Sarawak 2018 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Allan turut memohon kerajaan menaiktaraf Jalan Lukut/Penyulau dan Jalan Lipus.

    "Beberapa bahagian jalan ini berlubang disebabkan banjir sebelum ini.

    "Saya berharap agensi berkaitan peka dengan keadaan ini," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Bina Jalan Ke Ulu Machan "