• #DUNSarawak: Biar Jawatankuasa Khas Selesai Isu NCR

    Published: Friday, 17 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Jawatankuasa Khas Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) perlu diberi lebih ruang untuk menyelesaikan isu membabitkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

    Pengerusinya yang juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini untuk membolehkan jawatankuasa tersebut menyelesaikan isu secara holistik.

    Malah menurutnya, ia turut membabitkan pindaan yang perlu dilakukan membabitkan Kanun Tanah di negeri ini.

    "Usaha ini penting untuk membolehkan hak terhadap tanah NCR diselesaikan," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata, kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa tersebut mempertimbang dan memberi cadangan terbaik selain penyelesaian melibatkan isu hak tanah adat berkaitan Pemakai Menoa dan Pulau Galau.

    Jawatankuasa tersebut dianggotai Datu Jaul Samion, Datu Ganie Ugay, Datu Thomas Akin Jelimin, Francis Johen Adam, Kilat Beriak, Ding Seling, Paul Raja dan Salang Manjan selaku setiausaha.

    Sekterariat jawatankuasa ialah Majlid Adat Istiadat Sarawak manakala jawatankuasa kerja bertindak mengkaji implikasi keputusan Mahkamah Persekutuan   dan mengkaji undang-undang serta mencadangkan pindaan bersesuaian.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Biar Jawatankuasa Khas Selesai Isu NCR "