• #DUNSarawak : Banyak Kawasan Di DUN Murum Tiada Internet

    Published: Tuesday, 14 November 2017
    A- A+

    KUCHING : Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Murum memerlukan menara dan rangkaian sistem telekomunikasi bagi membolehkan akses kepada internet, kata Kennedy Chukpai Ugon (BN-Murum).

    Menurutnya, terdapat banyak kawasan yang masih belum menikmati kemudahan internet kerana kekurangan menara telekomunikasi.

    “Saya memohon agar lebih banyak menara telekomunikasi dibina di kawasan-kawasan pendalaman di Murum untuk membolehkan masyarakat di sekitar kawasan tersebut dapat menikmati kemudahan ini agar tidak ketinggalan dalam agenda transformasi digital ekonomi di negeri ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (2018) pada Persidangan DUN Sarawak hari ini.

    Selain itu, beliau turut membangkitkan isu masalah bekalan elektrik dan air yang dihadapi penduduk di DUN Murum.

    “Saya mohon untuk dibekalkan tenaga elektrik terus dari grid ke semua rumah panjang yang jauh di pendalaman memandangkan kawsan Murum terdapat dua empangan hidro elektrik iaitu Empangan Bakun dan Empangan Murun yang merupakan nadi tenaga negeri ini,” ujarnya.

    Mengenai masalah bekalan air pula, Chukpoi berkata, kebanyakan rumah panjang di kawasan DUN Murum masih belum menikmati bekalan air bersih terawat.

    “Buat masa ini, penduduk hanya bergantung kepada air hujan terutama di kawasan pendalaman,” jelasnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak : Banyak Kawasan Di DUN Murum Tiada Internet "