• #DUNSarawak: Bangunkan Bandar Baharu Di Debak

    Published: Tuesday, 14 November 2017
    A- A+


    KUCHING : Pekan Debak sangat berpotensi sebagai pusat pembangunan ekonomi penduduk di kawsan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas dengan pembangunan penduduk yang pesat ketika ini, kata Mohamad Razi Sitam (BN-Saribas).

    Sehubungan itu, Razi mencadangkan agar Pekan Debak diberi pembangunan baru dengan membuat ‘remaster plan’ untuk membangunkan sebuah bandar baharu.

    “Saya memohon agar kerajaan menyediakan pelan induk untuk pekan Debak yang lengkap dengan keperluan pembangunan di daerah ini dengan lebih banyak premis-premis usahawan seperti pusat jualan dibina untuk membantu usahawan-usahawan tempatan dan lebih banyak jalan keluar masuk menghubungkan kampong dan rumah panjang di pekan ini dibina,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (2018) pada Persidangan DUN Sarawak hari ini.

    Selain itu, beliau turut mencadangkan agar sebuah kompleks sukan atau stadium mjni dibina di daerah Debak untuk memberi kemudahan kepada aktiviti-aktiviti besar yang sering dijalankan.

    “Buat masa ini tiada kemudahan kompleks sukan di daerah ini jika dibandingkan dengan daerah-daerah lain.

    “Sehubungan itu, saya memohon kepada kerajaan untuk menyediakan sebuah tapakkhas untuk pembinaan mini stadium ini,” ujarnya.–Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Bangunkan Bandar Baharu Di Debak "