• #DUNSarawak: 60 Peratus Penduduk Meluan Dahagakan Kemudahan Asas

    Published: Tuesday, 14 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Rolland Duat (BN-Meluan) menggesa kerajaan negeri memberi perhatian kepada usaha membekalkan kemudahan asas kepada penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan.

    Beliau berkata, ini kerana sebanyak 60 peratus di kawasannnya masih belum menikmati bekalan air paip dan elektrik.

    Sehubungan itu Rolland memohon Kementerian Kemudahan Awam membina tangki tekanan air tahap tinggi di Bukit Agu, Julau.

    "Ia akan memberi manfaat kepada 10,000 isi rumah di Jalau," katanya ketika membahaskan Bajet Sarawak 2018 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Beliau turut memohon Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan membina jalan menghubungkan SK Nanga Entaih, SK Ulu Entabai dan Rumah Panjang Sang sepanjang 16km.

    "Jika dibina nanti, 3,000 penduduk dari 60 rumah panjang akan mendapat manfaat," ujarnya.

    Mengenai aspek kesihatan, beliau menggesa Kementerian Kerajaan Tempatan menyegerakan pembinaan sebuah hospital di Julau memandangkan tapak sudah disediakan.

    "Pusat kesihatan sedia ada di Julau sekarang sudah usang selain kekurangan kelengkapan perubatan dan jumlah kakitangan," jelasnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: 60 Peratus Penduduk Meluan Dahagakan Kemudahan Asas "