• #DUNSarawak: 5.25 Juta Pelancong Datang Sarawak 2018

    Published: Wednesday, 15 November 2017
    A- A+


    KUCHING : Kerajaan negeri menyasarkan 5.25 juta pelancong datang ke negeri ini dan dijangka menyumbang sebanyak RM9.82 bilion kepada pendapatan negeri pada tahun 2018.

    Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata dari Januari hingga September tahun ini, jumlah pengunjung meningkat sebanyak 9.81% iaitu seramai 3.72 juta berbanding 3.3 juta pada tahun 2016.

    “Ia telah menjana pendapatan berjumlah RM6.9 billion. Berdasarkan purata kedatangan pelancong bagi bulan Oktober hingga Disember, kementerian saya menjangkakan 5 juta pelancong datang ke Sarawak pada tahun 2017, meningkat 7.3% berbanding 4.66 juta pelancong pada tahun 2016," katanya.

    Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

    Karim menambah, pada tahun ini, sektor pelancongan Sarawak dijangka menjana pendapatan pelancongan sebanyak RM8.98 billionpeningkatan sebanyak 6.9% dimana ia menyumbang kepada 8.2% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar untuk tahun 2017. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: 5.25 Juta Pelancong Datang Sarawak 2018 "