• #DUNSarawak : 4 Program Bantu Belia Ceburi Keusahawanan

    Published: Monday, 13 November 2017
    A- A+

    KUCHING : Kerajaan negeri telah melaksanakan empat program pembangunan keusahawanan khusus untuk menggalakkan golongan belia menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

    Menurut Menteri Muda Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Usahawan, Datuk Mohd Naroden Majais berkata, bantuan juga disediakan termasuklah dari aspek pembangunan kapasiti, bantuan dana dan peralatan, bantuan premis perniagaan, pemasaran dan pembangunan produk yang merangkumi penyelidikan, inovasi dan kreativiti.

    “Kerajaan negeri melalui pelbagai agensi pembangunan usahawan secara berterusan memberi galakan dan pendedahan kepada golongan belia Sarawak,” katanya,

    Beliau berkata sedemikian sebagai menjawab soalan daripada Fazzrudin Abdul Rahman (BN-Tupong) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

    Naroden menambah, antara program yang disediakan adalah Program Graduan ke Arah Keusahawanan (GERAK) anjuran MIED Sarawak, Program Skim Usahawan Belia Bumiputera (SUPERB) anjuran TERAJU, Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) anjuran SME Corp dan Program Rural Business Challenge (RBC) anjuran KKLW. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak : 4 Program Bantu Belia Ceburi Keusahawanan "