• #DUNSarawak: 329 Kampung Luar Bandar Dibekalkan Elektrik 24 Jam

    Published: Wednesday, 15 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Sebanyak 329 kampung yang kebanyakan di kawasan terpencil negeri ini akan dihubungkan dengan bekalan elektrik 24 jam selepas Skim Elektrik Alternatif Luar Bandar (SARES) siap sepenuhnya.

    Menteri Utiliti, Dato Sri Stephen Rundi Utom berkata, SARES dijangka mampu disiapkan pada tahun 2020.

    "Apabila SARES siap pada 2020, lebih 320 yang kebanyakannya kampung terpencil akan dihubungkan dengan elektrik 24 jam menerusi pembinaan sistem mikro hidro dan sistem solar berasaskan komuniti," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Sejak tahun lepas menurutnya, 58 kampung melibatkan 1,400 isi rumah mendapat manfaat lebih 7,700 penduduk luar bandar dihubung menerusu SARES.

    "Lebih 32 kampung melibatkan 700 isi rumah dan memberi manfaat kepada 3,000 penduduk luar bandar dijangka menikmati elektrik tahun ini," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: 329 Kampung Luar Bandar Dibekalkan Elektrik 24 Jam "