• #DUNSarawak: 114 Projek Tebatan Banjir Diluluskan

    Published: Monday, 13 November 2017
    A- A+
    KUCHING: Kerajaan negeri menerusi Inisiatif Transformasi Luar Bandar meluluskan 114 projek tebatan banjir berjumlah RM100 juta.

    Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datu Dr Penguang Manggil berkata, daripada jumlah itu, 97 projek berjumlah RM45.78 juta yang dilaksanakan tahun ini.

    "Dijangka 63 projek siap dalam tahun ini manakala selebihnya diteruskan tahhn 2018.

    "Kesemua projek dilaksanakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) dan Jabatan Kerja Raya (JKR)," katanya ketika sidang media pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

    Di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), menurutnya, terdapat 115 projek berkaitan tebatan banjir dengan kos keseluruhan RM25.04 juta diluluskan dan kini dilaksanakan DID dan PBT.

    Antara projek berimpak tinggi berkaitan tebatan banjir termasuk Projek Tebatan Banjir Padang Merdeka serta  Pembinaan Projek Menaiktaraf Perparitan di Jalan Green. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: 114 Projek Tebatan Banjir Diluluskan "