• #DUNSarawak : 10,783 Batang Balak Dirampas Setakat Oktober 2017

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+

    KUCHING : Kerajaan negeri telah berjaya merampas sebanyak 10,783 batang kayu balak bersamaan dengan 10,405.3218 meter padu dengan nilai royalti sebanyak RM676,345 ribu sepanjang Januari sehingga Oktober 2017.

    Menurut Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai cara untuk menangani dan memastikan kegiatan pembalakan haram dapat dihentikan.

    "Sebanyak 48 buah Pusat Pemeriksaan Setempat (One Stop Compliance Centre - OSCC) ditubuhkan di kawasan pembalakan untuk memantau pengeluaran dan pergerakan balak serta menguatkan Ordinan Perhutanan," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada Datuk Tiong Thai Kiong (BN- Dudong) yang bertanyakan tindakan kerajaan untuk menghentikan aktiviti pembalakan haram di negeri ini.

    Tambah Len, kerajaan negeri juga mengambil inisiatif menjalankan operasi bersama agensi-agensi penguatkuasaa mengadakan sekatan jalan raya dan sungai yang menjadi laluan utama pergerakan kayu balak.

    "Agensi yang terlibat juga membuat tinjauan secara kerap daripada udara dengan mengunakan teknologi-teknologi yang terkini seperti penggunaan drone, hyper spectral dan compat airbone tactical system (CATS)," ujarnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak : 10,783 Batang Balak Dirampas Setakat Oktober 2017 "