• #DUN: Komponen Utama Jalan Pesisir Mula Dibina Pertengahan 2018

    Published: Thursday, 16 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Pembinaan jalan pesisir dijangka bermula pertengahan tahun depan akan dimulakan dengan projek jambatan Sungai Krian, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Tan Sri Datuk Amar James Masing.

    Beliau berkata, tempoh pembinaan bakal mengambil masa lima tahun termasuk semua jambatan di sepanjang rangkaian jalan pesisir.

    "Projek ini akan dilaksanakan sendiri kerajaan negeri," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Komponen utama rangkaian jalan pesisir merangkumi pembinaan Jambatan Batang Rambungan dan Jambatan Batang Igan, Jambatan Batang Lupar, Jambatan Batang Rajang termasuk jalan 17km, Jambatan Batang Saribas, Jambatan Sungai Krian, Jambatan Batang Paloh, Jambatan Muara Lassa, Jambatan Bintulu/Jepak/ Kuala Kemena serta menaiktaraf Jalan Pesisir Kidurong ke Samalaju merangkumi jalan ke simpang Bakun.

    Menurut Masing, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah melantik konsultan dan menyiapkan urusan awal tapak jambatan.

    Mengulas mengenai expressway antara Kuching ke Sibu dan Sebuyau ke Betong, beliau berkata, pembinaannya dibahagikan kepada dua pakei.

    "Pakej A dari Kuching, Sebuyau, Roban dan Sibu kira-kira 255km panjang manakala pakej B dari Sebuyau ke Sri Aman dan Betong sepanjang 100km," ujarnya.-Sarawakiana



  • No Comment to " #DUN: Komponen Utama Jalan Pesisir Mula Dibina Pertengahan 2018 "