• Dua Warga Thailand Miliki Pistol, Peluru Direman Tujuh Hari

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+

    GEORGE TOWN: Dua lelaki warga Thailand direman tujuh hari bermula hari ini berhubung memiliki sepucuk pistol dan lima butir peluru hidup di hadapan pusat membeli belah One Stop Midland, Pulau Tikus, di sini.

    Perintah reman hingga 8 Nov ini itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Muhammad Azam Md Eusoff selepas membenarkan permohonan polis untuk mereman lelaki masing-masing berusia 26 dan 27 tahun itu.

    Peguam U. Thavanesen yang mewakili kedua-dua lelaki terbabit berkata anak guamnya direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

    Terdahulu lelaki tersebut yang masing-masing bekerja sebagai penoreh getah dan pemandu teksi motosikal tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 10.30 pagi diiringi anggota polis ke bilik prosiding reman dan dilihat keluar satu jam kemudian.

    Kedua-dua lelaki tersebut ditahan di hadapan sebuah pusat membeli belah di sini, semalam.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Dua Warga Thailand Miliki Pistol, Peluru Direman Tujuh Hari "