• Dewan Rakyat Tolak Usul Bahas Bebaskan Anwar

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+

    Gara-gara Dewan Rakyat menolak usul tergempar untuk membahaskan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara, Ahli Parlimen PKR Padang Serai N Surendran menuduh speaker berat sebelah.

    Surendran yang membawa usul itu sebelum ini membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini ketika dipengerusikan timbalan speaker Datuk Seri Ronald Kiandee.

    Tindakan itu selepas Ahli Parlimen Asean untuk Hak Asasi Manusia (APHR) mengeluarkan kenyataan pada 6 November lalu, yang menuntut agar Anwar dibebaskan tanpa syarat.

    Katanya beliau kagum dengan jawapan yang diberi oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam menolak usul itu bahawa perkara ini telah diputuskan oleh mahkamah.

    Walau bagaimanapun, Ronald enggan melayan cadangan usul tergempar Surendran kerana katanya keputusan speaker adalah muktamad.

    “Keputusan ini ada unsur berat sebelah, jika kita tidak boleh membahaskan perkara ini di Dewan, di mana lagi boleh kita lakukan?

    “Setiap kali kita bawa usul untuk mengkritik kerajaan, ia ditolak. Ia menunjukkan unsur berat sebelah,” kata Surendran lagi.

    Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat dan dijangka dibebaskan tahun depan.-BNBBC

    Subjects:

  • No Comment to " Dewan Rakyat Tolak Usul Bahas Bebaskan Anwar "