• Demi Cincin Penumpang, Semua Kerusi Tren 'Dicabut'

    Published: Thursday, 9 November 2017
    A- A+


    SEORANG wanita panik apabila dia menjatuhkan cincin pertunangannya di dalam tren ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

    Cincin emas putih bertatahkan batu permata milik Lucy Holbrook hilang selepas ia terjatuh dari pangkuannya ketika dia sedang menyapu pelembab di tangan.

    Setakat yang dia tahu, cincin tersebut jatuh ke dalam pemanas melalui melalui jaring radiator.

    Tetapi selepas tiga minggu merayu bantuan di Facebook dan operasi mencari dilakukan oleh staf syarikat pengendali kereta api itu, cincin pertunangan yang amat berharga buat dirinya kini dapat disarungkan semula ke jari.

    Ia ditemui oleh pasukan pembersih c2c yang mencabut dan mengalihkan hampir 300 tempat duduk dan semua radiator yang ada.

    Holbrook, 37, dari Leigh-on-sea, Essex, berkata: "Saya sangat tertekan ketika kejadian.

    "Semua orang dalam tren membantu saya mencari cincin itu.

    "Saya minta penumpang di belakang saya memeriksa bawah kerusi mereka dan saya mencarinya berkali-kali."

    Ibu kepada seorang anak itu yang akan berkahwin dengan tunangnya Gordon Shepherd Mei depan, menambah: "Semua orang sangat membantu."

    Jurucakap c2c Chris Atkinson berkata: "Tren ditinggalkan tanpa tempat duduk ketika kami mencarinya.

    "Kami gembira kerana dapat mencari cincin itu dan dapat menyatukannya kembali dengan pemiliknya." -expressUK/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Demi Cincin Penumpang, Semua Kerusi Tren 'Dicabut' "