• 'Datuk Saravanan' dicari bantu siasatan kes tipu

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sedang mengesan 'Datuk Saravanan' bagi membantu siasatan berhubung satu kes penipuan.

    Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh, dalam satu kenyataan hari ini, berkata lelaki itu yang nama sebenarnya V R Saravanan, berusia 35 tahun beralamat terakhir di No.5, Jalan BS 3/3 Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor.

    Katanya, siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

    Justeru, beliau meminta orang ramai yang mengenali Saravanan atau mempunyai maklumat mengenainya supaya menghubungi Superintendan Kamisah Aris di talian 03-261-1143 atau 016-2156290 atau Inspektor Siti Mashita Arifin di talian 03-261-1149 atau mana-mana balai polis berhampiran.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " 'Datuk Saravanan' dicari bantu siasatan kes tipu "