• Dah makin kerap kes buang bayi

    Published: Thursday, 30 November 2017
    A- A+


    BAYI lelaki berusia sehari ditemui dalam bungkusan plastik hitam berhampiran rumah seorang penduduk di Kampung Bendang Sera, Baling, hari ini.

    Bayi malang itu ditemui seorang wanita dan kini dirawat dan dijaga di Hospital Baling (HB).

    Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shariffuddin Yusuf berkata, wanita itu terdengar tangisan di luar rumah lalu membuat pemeriksaan dan menemui bayi dibungkus dengan plastik hitam.

    "Selepas itu pengadu bersama ibu bapanya menghantar bayi terbabit ke HB dan dia kini dilaporkan sihat dalam penjagaan pihak hospital," katanya.

    Beliau berkata, polis sedang menyiasat lanjut kes berkenaan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat untuk membuang bayi berkenaan.

    "Jika disabitkan kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya.

    Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling akan mendapatkan Perintah Hak Perjagaan Sementara mengikut Seksyen 25( 2) (A) Akta Kanak-Kanak 2001 (pindaan 2016) dari Mahkamah Majistret Baling.

    Pegawainya, Shamsul Izrin Isahak berkata, bayi itu akan dijaga selama 30 hari selepas urusan perubatan oleh HB sebelum ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti Kepala Batas.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " Dah makin kerap kes buang bayi "