• Cubaan Terdesak Sarawak Report Kaitkan Kevin Morais Dengan 1MDB

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+
    Tulisan asal oleh:
    Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 2 November 2017

    Clare Rewcastle-Brown dari Sarawak Report mendakwa bahawa Timbalan Pendakwa Raya yang berkaitan dengan SPRM yang telah terbunuh, Kevin Morais telah menghantar kepadanya draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Najib Abdul Razak mengenai skandal 1MDB.

    Clare Brown mendakwa bahawa Kevin Morais telah memberikannya maklumat mengenai siasatan SPRM ke dalam bekas anak syarikat 1MDB SRC International dan peguam itu telah merancang untuk bertemu dengannya di London.

    Clare Brown adalah seorang penipu. Inilah sebabnya mengapa:

    1. Bekas ketua SPRM Abu Kassim mengesahkan bahawa Kevin Morais telah dipindahkan keluar dari SPRM pada Julai 2014, satu tahun sebelum siasatan ke dalam 1MDB dan SRC bermula, dan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat petugas khas yang dipengerusikan oleh bekas Peguam Negara itu.

    SPRM juga berkata mereka tidak pernah mendapatkan nasihat daripada Morais dalam kedua-dua kes itu. Oleh itu, Morais tidak mungkin, dan tidak sama sekali terlibat dalam menulis sebarang kertas pertuduhan berkaitan 1MDB atau perdana menteri.

    Malah, Kevin Morais sibuk pada masa itu dengan kes rasuah perolehan tentera - yang membawa kepada pembunuhannya.

    Enam lelaki telah didakwa atas pembunuhannya termasuk pegawai tentera dan kes mahkamah terbuka yang sedang berjalan itu masih dilaporkan secara meluas dalam media.

    2. Kertas pertuduhan palsu terhadap Najib yang sebenarnya adalah teks dua muka surat pada helaian kertas kosong tanpa sebarang kepala surat atau setem rasmi telah diterbitkan oleh Sarawak Report pada 28 Julai 2015.

    Walau bagaimanapun, Najib hanya ditemuramah oleh SPRM pada bulan Disember 2015, jadi bagaimana mungkin "suspek" utama belum ditemubual lagi tetapi kertas pertuduhan sudah wujud?

    3. Dalam usaha untuk mendakwa konspirasi dalam pembunuhan Kevin, Sarawak Report dan media yang mesra Pakatan tiba-tiba mula melaporkan mengenai adik Kevin, Charles Suresh Morais yang tiba-tiba muncul pada bulan November 2015.

    Charles Morais, yang telah diiktiraf muflis di AS dan menghadapi tuduhan jenayah dan penipuan di AS, mendakwa Kevin telah dibunuh oleh orang dalam kerajaan kerana apa yang beliau ketahui mengenai 1MDB dan SRC.

    Charles malah mengumumkan secara terbuka bahawa Kevin telah memberikan kepadanya pemacu pena (pen drive) dengan butir-butir mengenai penyiasatan ke dalam 1MDB dan SRC - dan bahawa beliau akan mendedahkan pemacu pena itu apabila beliau selamat kembali ke AS.

    Apabila dicabar oleh pihak berkuasa untuk mendedahkan pemacu pena itu, Charles secara tiba-tiba dan senyap-senyap meninggalkan Malaysia. Lebih dari dua tahun kemudian, kita masih belum mendengar mengenai Charles dan pemacu pena itu...

    Mula-mula Clare Brown berkata Ambiga adalah sumber maklumatnya tetapi Ambiga enggan mengesahkannya.

    Kini, Clare mahu menggunakan orang yang telah mati yang tidak dapat menjawab atau menangkis dakwaannya.

    Clare Brown dan Sarawak Report adalah penipu yang suka memalsukan cerita - sama seperti bagaimana mereka memalsukan gambar Najib/Rosmah yang disunting dan kemudian mengatakan gambar itu sebagai benar.

    -----
    https://www.malaysiakini.com/news/400550

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2066515510233899&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3

    Link asal artikel:
    https://www.facebook.com/lim.siansee/

    Subjects:

  • No Comment to " Cubaan Terdesak Sarawak Report Kaitkan Kevin Morais Dengan 1MDB "