• Cristiano Ronaldo Sambut Bayi Keempat, Alana Martina

    Published: Monday, 13 November 2017
    A- A+

    MADRID – Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo mengumumkan kelahiran anak keempatnya yang diberi nama Alana Martina hasil perkongsian hidup dengan teman wanitanya, Georgina Rodriguez.

    Sebelum ini pasangan tersebut sudah mempunyai seorang anak lelaki sulung yang kini berusia tujuh tahun dan diberi nama Cristiano Junior dengan dilahirkan melalui kaedah ibu tumpang.

    Ronaldo yang kini berumur 32 tahun, mengumumkan kelahiran terbaharu anak perempuannya itu menerusi akaun rasmi Twitter-nya sambil meletakkan gambar keempat-empat mereka.

    Bintang kelab bola sepak terkenal Sepanyol, Real Madrid itu juga merupakan bapa kepada satu pasangan kembar iaitu Eva dan Mateo yang dilahirkan pada Jun lalu.

    Georgina merupakan pekerja di butik Gucci sebelum melibatkan diri dalam bidang modelling. Wanita Sepanyol berusia 22 tahun itu mula berpacaran dengan Ronaldo sejak hujung tahun lalu.

    Kelahiran terbaharu itu membolehkan Ronaldo diberi rehat tidak beraksi dalam perlawanan persahabatan Portugal menentang Arab Saudi dan Amerika Syarikat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

    Subjects:

  • No Comment to " Cristiano Ronaldo Sambut Bayi Keempat, Alana Martina "